D Arlyn Resources SA0245953-H (019-677 5236)

Tuesday 5 August 2014

Cara pakai bedak syria.

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya ingin kongsikan satu tips untuk mendapatkan solekan sempurna tanpa sebarang foundation/ alas bedak. Ringkas, mudah, cepat dan jimat. 

Hanya dengan bedak syria sahaja, wajah anda akan kelihatan segar tanpa sebarang mekap.

Pertama, setelah wajah anda dicuci bersih dan dilap kering, ambil sponge bedak syria dan basuh sehingga benar-benar bersih. Saya tidak menggunakan sabun. Cukup sekadar mencuci span hingga bersih. 

Sapukan span yang sudah dicuci dan diperah sedikit tadi pada bedak syria. Kemudian ratakan di wajah. 

Bagi anda yang ingin kelihatan natural, gunakan belakang span yang bebas dari bedak untuk meratakan bedak sekitar mata dan di atas bibir. 

Bagi menutup cela pula, span hendaklah diperah sehingga tos untuk mendapatkan sapuan bedak yang lebih tebal sebelum diratakan seperti langkah tadi.

Akhir sekali, span hendaklah dicuci semula dan dikeringkan bagi memelihara kebersihannya.

Pada anda yang berminat ingin memiliki bedak Syria yang memang best ni... Bolehlah whatsapp saya di nombor 019-6775236. Setiap hari memang ada pengeposan. Untuk lihat testimoni, boleh klik link ini: 






No comments: