Assalamualaikum semuaa....
Sedikit perkongsian tentang buah zuriat@ buah adam dan hawa. Hmmm... Inilah rupanya.
Besar buahnya. |
Buah zuriat.
Kegunaannya pelbagai. Antaranya untuk kesegaran badan dan kesihatan. Malah sesuai dgn namanya, buah ini selalu dicari sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Namun, segalanya atas izin Allah. Yg penting usaha. Diperolehi dari Mesir. Di sana murah. Pos ke sini dah jadi mahal. Tp berbaloi. Besar tapak tgn. Ada yg kembar dan ada yg sebiji-sebiji. Sebiji RM10. Buahnya sangat wangi.
Tips-tips:
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali:
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.
Buah zuriat sangat keras. Perlukan tenaga lelaki untuk mengeluarkan isinya. |
Taraaaaa.... inilah isinya... yang perlu direbus utk mendapatkan khasiat. |
No comments:
Post a Comment